Thursday, 23 June 2011

1 Day 1 Fruit..


Apple
Khasiat epal merah

Epal membantu penghadaman dan penurunan berat badan.Epal penting dari segi khasiatnya kepada tubuh badan.
Amalan memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.  Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.
Jadikanlah buah-buahan sebagai satu hidangan yang wajib setiap kali anda menjamu selera kerana ia mempunyai khasiat yang sangat baik untuk tubuh badan.
Wajib ambil satu jenis buah-buahan dalam satu hari supaya hidup anda akan menjadi lebih sihat dan dapat mencegah daripada penyakit.Semoga amalan makan buah epal ini akan menjadi amalan anda..

No comments:

Post a Comment